Ahmad Isa
Bestseller Millionaire Circle Podcast
016: 3 Attitude Orang Berjaya
0:00
Current time: 0:00 / Total time: -14:10
-14:10

016: 3 Attitude Orang Berjaya

ATTITUDE / TABIAT ORANG BERJAYA 

*   Tabiat adalah apabila sesuatu perbuatan, perangai, tindakan atau sikap yang dibiasakan, akhirnya menjadi sebati dalam diri seseorang.

Tiga perkara ataupun attitude yang membolehkan orang berjaya itu berjaya :  (3 B)

1.      Bermula

2.      Buat sehabis baik

3.      Buat sampai habis

MATLAMAT YANG BERJAYA DICAPAI : CONTOH PERIBADI AHMAD ISA

CONTOH KEJAYAAN PERTAMA -  SAYA NAK KAYUH BASIKAL SAMPAI MEKAH

BUAT / Mula Bertindak :

Bermula dengan niat, buat proposal, beli basikal.

BUAT SEHABIS BAIK :  

Selepas buat proposal, FOKUS kepada projek tersebut dan buat tindakan terbaik  (Do the best). Ada risiko perlu ditanggung, ada pengorbanan yang mesti dibuat. BUAT NO MATTER WHAT, tetap buat.

Saya jual kereta, let go rumah sewa, letak jawatan dll.

BUAT SAMPAI HABIS :

Dalam proposal dah letak deadline. Bila dah niat, dah bertindak, mula mengayuh hingga sampai (target). Mungkin tak tepat sangat deadline sebab ada perkara yang tak dapat dielakkan tapi, target mesti capai (dengan izin Allah).

Target perancangan, nak sampai dalam masa satu tahun. Tapi, Allah tetapkan, satu tahun tiga bulan baru sampai. Okay, yang penting, Alhamdulillah sampai.

*   Saya berjaya capai HAJAT NAK KAYUH BASIKAL SAMPAI MEKAH sebab ada tiga elemen ni.

  • Yang pertama adalah saya bermula dengan niat dan mula bertindak.

  • Yang kedua saya buat sungguh-sungguh, hadapi risiko dan lakukan pengorbanan.

  • Yang ketiga adalah buat sampai habis ikut deadline dan target. Saya kayuh dengan tabah & tawakkal kepada Allah sehingga sampai ke Mekah.

CONTOH KEJAYAAN KEDUA   -  SAYA NAK TULIS BUKU

BUAT : 

Bermula dengan buat deadline. Saya nak tulis buku dalam masa 5 bulan. Saya target masa 5 bulan sebab saya ada niat nak buat umrah. Saya mulakan bulan 7, target nak buat umrah bulan 12.

BUAT BERSUNGGUH-SUNGGUH :

Saya mula buat sehabis mungkin. Setiap hari saya bangun pukul 3. Saya dah tahu dah itu kos yang perlu saya bayar. Saya kena bangun pukul 3, menulis setiap hari post selama 3 bulan. Pengorbanan yang perlu saya buat, risiko yang perlu saya ambil tanggung.

SAYA BUAT SAMPAI HABIS :

Hasilnya buku saya siap dalam masa 5 bulan. Saya berjaya capai target siapkan buku dan pergi umrah. Alhamdulillah.

Saya BERJAYA TULIS BUKU sebab saya buat niat & matlamat (target & deadline), saya buat bersungguh-sungguh (berkorban & tanggung risiko). Saya buat sampai habis

 *   Dua matlamat tersebut dicapai kerana ada 3 elemen yang sama.

MATLAMAT BELUM TERCAPAI.

NAK JUAL BUKU USTAZAH BASIKAL SEBANYAK 1 JUTA NASKAH.

Buat masa ini, matlamat ini belum dicapai. Mungkin kerana belum lengkap 3 perkara tersebut. Saya memang ada niat. Walaupun agak mustahil tapi saya dah mulakan dengan niat. Saya rasa saya boleh capai sebab saya ada perasaan ingin tahu yang tinggi (curiosity).

Saya ingin tahu, apa akan berlaku jika saya berjaya jual buku Ustazah Basikal ini sebanyak 1 juta naskah.

Perasaan ingin tahu ini sudah ada sejak saya kecil.

Rasa ingin tahu saya sangat tinggi.  Saya nak tahu apa ada di luar pagar sekolah? Jadi saya keluar (tapi perkara ini tak eloklah).

Apa perkara menarik kalau saya kayuh basikal ke Mekah, jadi saya kayuh. Apa akan berlaku kalau saya dapat jual 1 juta naskah?

Saya tengah berusahalah.

Point saya ialah, adanya perasaan ingin tahu yang tinggi itulah yang menjadi ASBAB, kepada matlamat apa yang saya nak buat.

CONTOH MATLAMAT YANG GAGAL : 2 kali buka syarikat

Saya buat niat, matlamat nak buka satu company.

Saya mula bertindak dengan meminjam duit ayah saya RM20,000. Saya mula mengambil 3 orang staff. TAPI, saya tak buat bersungguh-sungguh sebab saya rasa saya BOS.

Jadi, saya hanya arah pekerja yang buat sebab saya bayar gaji.

Saya suruh mereka buat bukan saya yang buat  sendiri, bersungguh-sungguh. Hasilnya, syarikat pertama saya, lingkup.

Saya buka lagi kedua (tapi saya bertindak sendiri tanpa pinjam duit ayah lagi dan dah habis bayar).

Saya rekrut sampai 12 orang staff.

Saya ingat saya dah buat yang terbaik, saya dah bagi yang terbaik kepada staff saya. Tapi, saya SALAH FOKUS. Jadi, Syarikat kedua juga jatuh balik yakni, GAGAL.

Tapi, bagi saya, dua syarikat yang gagal ini adalah 2 pengalaman yang berharga.

Saya tak akan putus asa. Selepas ini, Insya Allah bila saya ada staff untuk syarikat ketiga, saya akan lebih berhati-hati. Saya akan FOKUS kepada perkara yang tepat.

Sungguh-sungguh itu bagus tetapi kena tahu BEZA BUSY DENGAN PROGRESS.

Saya busy tapi saya tak ada progress. Saya tak keep track kepada progress yang menyebabkan saya jatuh balik.

 JATUH ADALAH SATU KEPERLUAN UNTUK BERJAYA.

Kejayaan adalah satu perjalanan, bukan destinasi. Saya sangat setuju dengan statement tu.

MACAM MANA NAK PRAKTIS TIGA PERKARA NI SEHINGGA JADI TABIAT

Bagaimana realisasikan matlamat nak capai jualan buku 1 juta naskah ?

1.      Buat NIAT/ dapatkan bestseller 10,000 naskhah pertama.

2.      Dah mulakan, mula menjual

3.      Letak DEADLINE.


3 GOLDEN RULES

 Bila mulakan sesuatu, kena tahu 3 peraturan (3 golden rules)

1. Rules Of The Game

Since you all dah bayar untuk group coaching, rules ini sudah pun diterangkan dalam group coaching. Siapa yang dah masuk grup coaching, anda sudah bermula. Jadi, saya cadangkan ada buat sehabis mungkin.

2. Fokus Tiga Perkara: Masa, Tenaga Dengan Duit.

Gunakan tiga perkara ini untuk FOKUS kepada matlamat kita.

Duit: Gunakan duit untuk labur kepada ilmu untuk nak capai 1 juta jualan buku kita. Peruntukkan bajet invest cari ilmu untuk 10,000 naskhah pertama.

Masa: Kalau tak ada masa, kena cari juga untuk capai satu juta. Usahakan peruntukkan masa untuk nak capai sepuluh ribu naskah yang pertama.

Tenaga: Kalau tak ada tenaga, kena cari tenaga lain. Tak guna tenaga kita pun tak apa. Guna tenaga orang lain. Untuk capai satu juta yang pertama. Untuk capai sepuluh ribu naskah yang pertama.

3. Deadline.

Kalau belum ada deadline, saya cadangkan you all letak deadline maksimum 3 tahun daripada sekarang kena capai  jualan 10,000 naskah pertama untuk capai jualan 1 juta pertama.

Hari ini, 25 Mei 2024, letaklah 25 Mei 2025 sebagai deadline 10,000 jualan. Ingat tarikh keramat ini, 25.5.2025.

Buat jadual untuk susun target dengan nombor sebab ia boleh diukur. 

10,000 naskah untuk capai 1,000,000 yang pertama.

  • Setahun perlukan berapa naskah terjual untuk capai 1 juta yang pertama.

  • Sebulan berapa naskah perlu dijual.

  • Seminggu berapa naskah dijual.

  • Sehari berapa naskah yang mesti dijual.


DILEMA SEORANG USAHAWAN

1. Dilema Antara Emosi & Realiti - Kekeliruan antara jualan dan sedekah.

Konsep sedekah tidak boleh diukur dengan nombor. Kita tak boleh anggap, sedekah 1 buku kita harap Allah ganti 10 orang beli buku kita.

Sedekah tu bagus.

Saya tak bantah kalau kata kita sedekah satu Allah bagi sepuluh. Betul.

Tapi Allah tak cakap Allah gantikan balik benda yang sama.

Tak.

Allah bagi rezeki mungkin dari segi kesihatan. Mungkin dari segi anak yang beradab.

Mungkin boleh jadi orang buat baik dengan kita. Itu maksud rezeki yang Allah bagi tu lipat kali ganda kalau kita bersedekah.  Tapi dalam bisnes ni it's all about numbers. Straight forward. Semua benda straight forward.  

Nak capai jualan 10,000 buku, kena JUAL 10,000 buku.

 2. Dilema Antara Emosi dengan Progress - Kiraan

Dan seterusnya adalah dalam bisnes, dalam usahawan ni saya banyak kali ulang. Emosi kena letak tepi, kena pakai otak.

Dalam bisnes jika kita letak emosi, kita kalah awal.

Kita bungkus awal lah. So emosi kena letak tepi, pakai otak untuk kita buat calculation. Sebab it's all about numbers.

Numbers don't lie.

You kena letak progress. Guna otak. Sehari aku kena jual berapa. Dua hari aku kena jual berapa. Tiga hari aku kena jual berapa. Dan seterusnya.

SO NOW YOU CHOOSE.

You choose emosi atau pun progress.

Choose one, kill one.

TAK BOLEH, tak boleh ambil dua-dua. So, kalau you choose emosi dalam nak mencapai you punya cita-cita, you akan dapat emosi, tak akan dapat progress.

Okay, tapi kalau you ambil progress, yes, you kena korbankan emosi. Okay, so saya harap you all faham untuk topik kali ini.

Dan if kalau you choose emosi, I suggest you untuk tak teruskan.

Dan you teruskan bekerja macam biasa. Sebab dalam dunia usahawan ni memang keras. Dunia usahawan memang memerlukan kekentalan, memerlukan hati yang kering.

Tapi Insya Allah bila kita dapat capai impian kita, barulah kita boleh memberi dengan lebih baik.

Yakin & percayalah. 

Barulah kita boleh membantu orang dengan lebih baik. Macam mana kita nak bantu orang kalau diri kita pun tak dibantu.

Siapa nak bantu diri kita melainkan diri kita sendiri. Tak ada orang nak bantu. Tak ada orang boleh bantu. Betul Allah boleh bantu kita. Tapi Allah akan bantu kita lepas kita bantu diri kita.

Allah akan mengubah nasib sesuatu kaum itu selepas dia sendiri yang berusaha berubah (mafhum surah Ar Ra’d 13:11).

Bila manusia berusaha berubah, barulah Allah ubah. Kalau dia sendiri tak ubah dan mengharapkan kepada Allah, oh banyak cantik.

KESIMPULAN

KUNCI untuk masa depan kita yang terjamin, yang cerah adalah diri kita sendiri.

Kita yang kena ubah. Tak ada orang lain boleh ubah.

Alright, so I hope this podcast boleh bermanfaat kepada you all. Okay, dan you all boleh apply dalam you all punya life insyaAllah.

Dan insyaAllah kita akan berjumpa di puncak.

Saya tak sabar nak tahu siapakah orang yang pertama yang mencapai jutawan bestseller. So, saya target dalam lebih kurang 25 orang lah, bukan 100.

 3 tahun daripada sekarang, 25.07.2025,  25 orang JUTAWAN PENULISAN.

Kenapa 25 orang?

Sebab sekarang ni group coaching ada 25 orang dan saya memang kalau boleh nak pastikan mereka ni capai 1 juta yang pertama dan best seller.  

Okay baik thank you very much sudi pinjamkan telinga hari ini. 


Artikel ditulis oleh:
Shahrina Ahmad Sharkawi

Discussion about this podcast

Ahmad Isa
Bestseller Millionaire Circle Podcast
Perkongsian bagaimana buku Ustazah Basikal mencecah jualan melebihi RM1 Juta melalui kuasa media sosial.