Sebagai seorang usahawan dalam bidang penulisan yang ingin berjaya dalam perniagaan terdapat 7 virus bahaya yang perlu dielakkan.
Antaranya ialah:
1. Sikap Tidak Peduli
Sikap tidak peduli ini atau tidak ambil tahu akan membuatkan seseorang usahawan tidak akan naik ke level yang seterusnya.
Dalam erti kata lain mereka tidak akan dapat berkembang.
Ianya juga tidak bagus untuk usahawan.
Contoh ideologi yang boleh kita buat di sini ialah sekiranya mereka nak capai jualan RM1 juta tetapi mereka langsung tidak mencari macam mana cara nak capai RM1 juta tersebut, maka natijahnya adalah matlamat akhir tidak akan tercapai.
Orang yang tidak peduli seperti ini perlu ambil tahu dari semua sudut.
Mereka biasanya bukan jenis yang tak ada duit. Ada duit.
Ada kemampuan dari segi masa dan tenaga tetapi mereka tidak ambil peduli. Maka ini adalah satu kerugian yang sangat besar kerana mereka tidak ambil tindakan yang sewajarnya.
2. Tidak Membuat Keputusan
Contohnya Cikgu Mohd Isa sudah kongsikan 18 podcast untuk ambil tindakan tetapi akhirnya mereka tidak buat keputusan.
Mereka hanya dengar dan dengar sahaja dan kemudiannya bertangguh.
Tidak buat keputusan ini akan menjadi satu kelumpuhan mental. Mentor sudah beri cara tapi tidak buat dari A hingga Z cara nak buat RM1 juta.
Akhirnya mereka terperangkap dalam situasi yang sama. Tidak ada penumbuhan atau perkembangan dalam usaha mereka nak capai RM1 juta tersebut dan ini sangat bahaya untuk usahawan.
Apa yang perlu usahawan buat ialah buat keputusan segera. Sekarang adalah penentuan 5 tahun akan datang.
Tidak mengapa walaupun kita bergerak lambat.
Cara paling perlahan adalah cara yang paling pantas untuk kita capai apa yang kita mahu. Apa sahaja dalam hidup ini yang kita mahu capai maka kita kena buat keputusan cepat.
Cuba lihat di sekeliling kita sekarang ini.
Apa yang kita dapat hari ini adalah apa yang kita usahakan 5 tahun lepas. Perasan tak? Contoh rumah yang kita duduk. Kereta yang kita beli adalah keputusan kita pada 5 tahun yang lepas.
Betul tak?
Oleh itu macam mana kita nak dapat perkara yang bagus untuk kita 5 tahun akan datang ialah dengan cara kita buat keputusan sekarang.
3. Tidak Yakin diri
Tidak yakin diri sendiri ini dalam kisah kita sebagai penulis ialah tidak yakin buku kita akan dapat jadi buku bestseller.
Sebab apa perkara ini berlaku?
Ini adalah kerana pemikiran mereka berada di level yang sama. Mereka hanya berfikir level orang sekeliling mereka sahaja.
Mereka tengok orang sekeliling tidak pernah cerita tentang bagaimana mahu dapat RM1 juta dan tidak pernah pun capai juta. Mereka okey sahaja hidup dengan keadaan biasa-biasa.
Mereka tidak yakin yang mereka sebenarnya mempunyai kemampuan melebihi dari apa yang mereka sangka.
Sebenarnya tiada yang mustahil selagi kita berpegang kuat kepada kuasa Allah SWT.
Allah S.W.T itu sifatnya tidak ada yang mustahil.
Manusia ini sifatnya lemah.
Kalau kita tidak bersandarkan kepada Allah S.W.T maka mana mungkin kita dapat bantuan dari Allah S.W.T hatta sehingga hendak gerakkan jari dan mata pun tidak boleh.
Begitulah perumpamaannya.
Cikgu Ahmad Isa juga kongsikan bahawa kita adalah 5 orang seperti disekeliling kita.
Kalau 5 orang di sekeliling kita adalah Mat Rempit maka kita juga adalah Mat Rempit. Kita adalah Mat Rempit yang ke 6. Sekiranya di sekeliling kita ada 5 orang ustaz, maka kitalah ustaz atau ustazah yang ke 6.
Oleh itu macam mana nak jadi jutawan yang ke 6?
Carilah 5 jutawan di sekeliling kita. Maka insyaallah kita akan jadi jutawan yang ke 6 tersebut.
Carilah 5 orang kawan yang bergelar jutawan.
4. Risau
Dalam bab risau ini perkara pertama yang perlu kita tekankan ialah jangan risau dengan pandangan atau pendapat negetif dari orang lain.
Selagi kita rasa perkara yang kita buat itu adalah betul maka teruskan sahaja.
Macam kita zaman kecil kan. Kita tidak pernah risau apabila berlari. Kita jatuh akhirnya.
Sebab apa?
Sebab memori zaman kecil itu tidak ada dalam memori kita dan ini menyebabkan kita tak skeptikal.
Risau ini akan membantutkan proses untuk kita mencapai apa saja yang kita mahu dalam hidup.
Kalau Cikgu Mohd Isa risau, maka tidak berjayalah cikgu nak kayuh basikal menunaikan umrah.
Risiko memang ada.
Risiko ada di mana-mana. Kita jalani saja kerana inilah cabaran dan dugaan untuk hamba-hambaNya yang bertaqwa.
5. Tak Ambil Risiko
Dalam bab tidak ambil risiko ini, usahawan itu biasanya hanya tunggu keputusan tidak ambil risiko. Maka tunggulah malapetaka yang akan datang.
Sebagai seorang usahawan jangan takut untuk ambil risiko.
Contohnya kerja makan gaji. Berhenti adalah risiko. Andai kata pandemik berlaku lagi pastinya kita kena buang kerja atas sebab sesebuah syarikat itu ditutup.
Dengan tak ada kemahiran tertentu, apa yang akan berlaku kepada kehidupan kita? Maka ini lagi risiko.
Sebagai usahawan jangan takut ambil risiko. Lihat semula risiko itu boleh dikawal atau boleh diukur.
6. Mata Lalat
Adakah kita mata lalat atau mata lebah.
Sebagai usahawan kita tidak boleh lihat semua perkara adalah buruk. Kita perlu lihat sebagai mata lebah.
Lihat semua benda ada hikmah.
Semua perkara adalah benda yang baik. Bila kita lihat sebagai mata lalat kita tidak akan nampak sesuatu itu baik. Kita hanya nampak buruk sahaja.
Hati-hati sahabat.
7. Merungut
Orang yang merungut jarang bersyukur.
Orang yang bersyukur jarang merungut.
Bila mereka selalu merungut maka mereka tidak akan bertindak. Mereka akan salahkan orang lain. Ini adalah virus yang tidak ada ubat. Merungut atau mengeluh akan menyebabkan mereka banyak buang masa dan tidak beri apa-apa perubahan dalam hidup mereka.
Oleh itu berhentilah mengeluh dan merungut.
Sebagai usahawan dalam bidang penulisan, hindari 7 virus yang berbahaya ini.
Semoga bermanfaat ya!
Artikel disediakan oleh:
Niyda Benta
Share this post