Ahmad Isa
Bestseller Millionaire Circle Podcast
023: 7 Law Tanam & Tuai
0:00
Current time: 0:00 / Total time: -11:30
-11:30

023: 7 Law Tanam & Tuai

Mindset yang perlu ditanam

Ada 7 perkara dalam konsep tanam dan tuai yang boleh bantu tingkatkan hidup kita. Sebenarnya kita menuai hasil apa yang kita tanam 5 atau 10 tahun lepas. Apa yang kita ada sekarang ini itulah yang kita tuai. 

Bagaimana nak target 5 tahun dari sekarang kita nak tuai apa? 

Kalau kita tahu kita nak tuai apa, barulah kita tanam sekarang.

Contoh : Apa yang kita nak makan? 

Kalau kita nak makan buah durian 5 tahun akan datang, maka kita perlulah letak benih durian. Kita tak letak benih pokok rambutan untuk dapat buah durian.

Kita kena tahu penghujungnya apa barulah kita mulakan sekarang.

Kalau nak bina bangunan atau rumah, kita kena ada lukisan penuh yang dibuat dari pandangan atas dan juga pandangan kiri dan kanan, depan dan belakang bangunan tersebut.

Segala jenis potongan perlu kita tahu daripada pelbagai sisi.

Bahasa mudahnya adalah ‘End in Mind”.

Kita berfikir di hujung barulah kita memulakan pekerjaan. Kita perlu tahu penghujungnya atau hasil yang kita harapkan sebelum kita memulakan projek tersebut. 

Seperti arkitek yang lengkap dengan lukisan 3D, perlu ada design dahulu sebelum  memulakan kerja tersebut. Perlu ada design

Sama seperti hidup kita, perlu design dahulu apa yang kita nak baru kita boleh mulakan langkah pertama.Apa yang kita perlu buat daripada sekarang.

Apakah 7 perkara yang kita perlu sedar tentang tanam dan tuai ini?

Tak semestinya apa yang kita nak akan kita dapat. Ada beberapa perkara yang perlu kita ambil tahu.

1. NEGATIF

Bila kita tanam negatif, kita akan dapat result yang negatif.

Kalau kita tanam guna benih yang buruk, mungkin kita takkan dapat apa-apa. Mungkin juga kita akan dapat impak atau hasil yang buruk.

Kita takkan mungkin dapat durian yang cantik kalau kita meletakkan benih yang buruk.

Mudah! 

2. POSITIF

Positif adalah sebaliknya daripada negatif.

Maksudnya kalau kita menanam dengan intention atau niat yang baik, menanam dengan benih yang baik, kita akan dapat hasil yang baik.

Maksudnya sekarang ini jika kita memberi kepada orang lain dengan pengorbanan yang baik dengan intention yang baik, 5 tahun akan datang insya-Allah kita akan dapat result yang baik. 

3. LEBIH

What you give, you always get back more.

Maksudnya apa yang kita berikan, kita akan dapat lebih. Maksudnya negatif atau positif, apapun yang kita tanam, kita akan dapat lebih. 

Contohnya kalau kita tanam pokok durian menggunakan satu benih, kita takkan hanya dapat sebiji durian. Setiap tahun kita akan dapat hasilnya. Setiap tahun kita akan dapat lebih daripada sebiji durian walaupun kita tanam hanya satu biji benih sahaja. 

Kita akan dapat banyak biji durian bukan sekali sahaja. Walaupun kita tanam cuma satu sahaja biji benihnya.

Sama juga dalam kehidupan kita, kalau kita memberi kepada orang lain, contoh  dalam bulan Ramadan.

Kita beri lauk kepada jiran, jiran takkan bagi ngam-ngam sama lauk seperti yang kita beri. Kemungkinan dia akan bagi lebih daripada apa yang kita beri. 

Sama juga jika kita beri benda yang buruk. Contoh kalau kita tumbuk muka orang sekali, orang itu takkan tumbuk sekali sahaja. Dia akan tumbuk lebih daripada dua kali. Negatif dan positif, kita akan dapat lebih. Itu konsep tanam dan tuai.

4. BANYAK CARA

Ada banyak cara untuk kita tanam dan tuai. Jangan hadkan kepada satu perkara sahaja.

Contoh kita nak tuai hasil daripada bisnes kita.

Kali pertama, kita berniaga dengan menjual buku. Tiba-tiba jualan buku tak laku, kita nak cuba untuk berniaga benda lain.

Contoh kita nak makan buah. Tak kisahlah buat apa pun. Kita boleh tanam pokok durian, rambutan atau ciku. Apa sahaja yang kita tanam kita akan dapat dan ada banyak cara untuk mendapatkannya.

Bukan terhad kepada satu cara sahaja. 

Contoh nak jual buku, kita jual di Facebook tapi Facebook dah sekat daripada membuat FB ads, cara yang saya buat sebelum ini tak menjadi disebabkan ada perkara yang menghalang.

Jadi saya kena cari cara lain untuk menjual buku.

Mungkin saya boleh gunakan tiktok atau instagram atau youtube.

Contoh apabila saya dihalang membuat live di Facebook, maka saya membuat live di youtube. Mungkin selepas ini saya boleh buat live di TikTok.

Jadi ada banyak cara nak tanam bukannya terhad kepada satu cara sahaja. 

5. SEMUA ORANG BOLEH

Semua orang boleh tanam, tapi tak semua orang nak menanam. Kita semua nak makan nasi tapi tak semua orang yang nak turun ke bendang. Kita kena sedar yang kita boleh buat semua benda. Tak terhad kepada satu-satu perkara sahaja kita nak buat. 

Contoh apabila …

  • Saya nak mengembara, saya boleh mengembara.

  • Saya nak generate duit, saya boleh generate duit.

  • Saya nak jadi mutawif, saya boleh jadi mutawif bila-bila masa.

  • Saya nak tulis buku, saya boleh tulis buku.

Kitalah yang menentukan.

Kitalah yang mula menanam kalau kita nakkan hasilnya. Bukanlah kita tunggu orang lain tanam dan kita semai hasilnya 

Boleh kalau kita nak buat orang lain tanam dan kita tuai hasilnya tapi kita kena keluar sesuatu.

Contoh kita nak makan nasi, kita kena bayarlah untuk beli beras yang orang lain tanam. Orang lain tanam padi, kita bayar.

Tak ada masalah tapi poinnya adalah semua orang boleh tanam. 

6. FITRAH KEKALAHAN

Poin ini paling penting. 

Kita wajib faham fitrah kekalahan ini. Kita dah tanam.

Sebagai contoh, saya tanam pokok pisang dekat rumah saya. Saya dah tanam, dah siram, dah baja dan dah tumbuh cantik. Tiba-tiba pokok pisang ini dilanggar oleh babi hutan.

Kita tak bersalah tapi tiba-tiba babi hutan melanggar pokok pisang itu. Kita kena faham fitrah kekalahan.

Kita dah buat tapi tak jadi. Itu adalah biasa. 

Kita kena faham. Apa saja yang kita buat.

Contoh kita tulis buku tapi tidak ada orang yang membeli. Itu fitrah kekalahan yang kita kena kaji balik.Apa yang menyebabkan perkara itu berlaku.

Kita juga perlu sedar jika kita dah cetak stok buku seribu tiba-tiba kilang yang simpan buku kita terbakar. Kita kena terima fitrah kekalahan ini.

Contoh lain, rumah kita yang dah buat cantik di atas bukit tiba-tiba berlaku banjir atau tanah runtuh, kita tak boleh buat apa-apa.

Itu memang fitrah kekalahan yang Allah dah cipta sebelum kita lahir lagi. 

7. TAK TANAM

Kalau kita langsung tak tanam, langsunglah kita tak dapat hasilnya.

Kalau daripada sekarang kita tak bertindak, 5 tahun akan datang tak ada benda untuk kita tuai. Sekurang-kurangnya kalau kita tanam benih yang buruk, kita tahu hasilnya akan buruk.

Tapi kalau kita tak tanam apa-apa, langsunglah kita takkan tuai apa-apa 5 tahun akan datang. 

Jadi bermula daripada sekarang, kena mulakan tindakan.

Apa sahaja tindakan walaupun satu peratus, ia adalah satu tindakan. Kalau satu hari satu peratus kita bertindak, satu tahun dah 365 peatus kita bertindak. 

Darablah dengan 3 tahun. Darablah dengan 5 tahun.

Setiap hari perlu bertindak. Maksudnya satu hari kita buat satu posting sahaja di media sosial, 365 hari dah ada 365 posting.

Itu kalau satu, kalau 4, kalau 7, maka jadilah lebih banyak.

Jadi 3 tahun akaan datang, 5 tahun akan datang kita akan dapat hasilnya. 

Renung-renungkan dan hadam-hadamkan 7 perkara ini.


Transkripsi oleh:
Shakirah Md Din

Discussion about this podcast

Ahmad Isa
Bestseller Millionaire Circle Podcast
Perkongsian bagaimana buku Ustazah Basikal mencecah jualan melebihi RM1 Juta melalui kuasa media sosial.