Sesiapa sahaja pasti tidak akan berminat jika ada orang datang untuk menjual sesuatu produk kepada kita. Apatah lagi jika kita membaca posting orang menjual secara terang-terangan, letak gambar produk, harga dan suruh kita beli.
HARDSELL. Pasti kita akan menekan butang UNFOLLOW.
Orang ramai meluangkan masa untuk membuka media sosial untuk merehatkan minda, berinteraksi dengan kenalan dan mengetahui hal-hal semasa.
Bukan untuk membeli barang.
Jika mereka ingin membeli barang, sudah pasti mereka membuka aplikasi Shopee, Lazada dan sewaktu dengannya. Jadi, kita kembali ke persoalan utama.
Bagaimana ingin menjual di media sosial?
Mudah. Ingat sahaja formula PESTA.
Dan PESTA ini bukan sahaja boleh digunakan dalam copywriting malah boleh juga kita gunakan di podcast, live dan sebagainya.
P: Problem
Apa masalah yang kita boleh selesaikan melalui produk kita.
Contoh: Buku Ustazah Basikal dapat menyelesaikan masalah orang yang teringin sangat untuk mengembara tetapi tiada duit, masa dan kudrat.
Pasti ramaikan orang yang ingin bercuti, namun dengan kekangan yang ada mereka terpaksa mematikan hasrat mereka itu.
E: Exaggerate
Kita buat mereka rasa tak selesa.
Rasa seperti mereka perlu mengambil langkah untuk selesaikan masalah mereka.
Contoh: Kalau kita tidak mengembara, kita pasti akan tertekan dan tak dapat merehatkan minda. Akhirnya, ia sedikit sebanyak menggangu kualiti kerja, kita bakal dimarahi orang atasan.
Bila semakin tertekan, kitapun selalu marah anak-anak dan keluarga hingga mendorong kita rasa benci kepada diri sendiri.
S: Solusi
Beri pelbagai cadangan jalan penyelesaian lain termasuk juga membeli produk kita sebagai solusi paling mudah.
Contoh: Ada banyak channel youtube, podcast dan artikel yang menceritakan pengalaman mengembara dan bercuti. Atau solusi paling mudah, beli sahaja buku ustazah basikal.
Insya-Allah, anda boleh mengembara dengan purata kos bawah RM200 atau setidaknya ada dapat rasai pengalaman mengembara ke 14 buah nergara hanya dengan membeli buku Ustazah basikal.
T: Testimoni
Testimoni yang positif daripada orang yang pernah membeli produk kita.
Contoh: Ramai yang membaca buku Ustazah Basikal mendapat semangat yang membakar untuk mengembara. Malah ketika membaca buku seolah-olah mereka termasuk sekali dalam pengembaraan tersebut sampai tak sedar dah masuk waktu subuh.
A: Action
Tanya soalan memancing.
Contoh: Siapa nak mengembara dengan kos bawah RM200? Kalau nak komen nak, nanti saya pm.
Berdasarkan contoh yang diberikan dari formula PESTA tadi, pasti anda sendiri rasa anda nak beli buku Ustazah Basikal sekarang bukan? Tunggu apa lagi. Semua orang boleh lakukannya sekarang.
Moga bermanfaat.
Artikel disediakan oleh:
Ummu Maryam
Share this post