Ahmad Isa
Bestseller Millionaire Circle Podcast
022: 3 Mindset Sebelum Memulakan Penulisan
0:00
Current time: 0:00 / Total time: -7:17
-7:17

022: 3 Mindset Sebelum Memulakan Penulisan

Mindset Pertama:

Perlu tahu keperluan pada zaman sekarang. Iaitu keperluan informasi menulis adalah satu skill terpenting. 

Sebagai contoh, skill terpenting pada zaman batu dahulu adalah memburu.

Jadi kalau kita tak pandai memburu, maka susah nak dapat makanan.

Kebarangkalian akan berlaku kebuluruan disebabkan binatang buruan itu sifatnya suka berlari. Jadi, perlulah pelajari skill pakai tombak, pakai panah dan sebagainya.

Jika zaman industry pulak, memiliki sijil adalah perkara penting untuk mohon kerja walaupun kita tidak ada apa-apa skill tambahan.

Namun, berbeza dengan zaman sekarang kerana skill tambahan adalah perkara penting yang perlu ada disamping dengan sijil university. 

Tiga Skill Tambahan Yang Perlu Ada

Pertama; skill menulis.

Pada zaman sekarang ini skill menulis boleh dipraktik dekat Facebook, Twitter, TikTok dan Instagram. Walaupun hanya tulis caption tapi tetap kena belajar skill menulis.

Kedua; skill bercakap.

Sama ada dalam kategori introvert atau extrovert bukan satu alasan untuk tidak belajar skill bercakap. Demand tinggi bagi majikan jika pekerjanya memiliki kemahiran bercakap.

Malah akan menjadi pekerja terakhir dibuang kerja jika berlaku kemerosotan ekonomi atau apa-apa krisis kepada syarikat tersebut.

Ketiga; skill menjual.

Zaman sekarang ini antara skill terpenting. Sebagai contoh asas sesebuah syarikat adalah dapatkan wang, jika kitalah orang yang memiliki skill tersebut.

Sudah tentu tidak ada syarikat yang akan reject sebab skill menjual sangat diperlukan di luar sana. 

Jadi, ketiga-tiga skill ini perlu dipelajari dengan cara menghadiri seminar, bacaan buku rujukan, dengar youtube dan audiobook. Asah ketiga-tiga skill tersebut sehingga kita berjaya. Upgrade setiap hari sekurang-kurangnya 1%. 

Mindset yang kedua:

Perlu tahu yang buku ni adalah bukti bahawa kita pernah wujud dekat dunia ini.

Sebagai contoh, macam mana kita kenal para ulama dahulu dan imam-imam mazhab.

Buktinya adalah melalui penulisan mereka yang ditinggalkan iaitu melalui buku.

Jadi, sama juga situasi macam mana kita nak generasi akan datang kenal kita. Maka buktinya, kita perlu tinggalkan mereka benda yang bermanafaat iaitu buku. Boleh tunjukkan kepada cucu, cicit keturunan kita bahawa nenek moyangnya dahulu adalah seorang penulis buktinya melalui buku yang ditinggalkan. Itulah satu perkara yang sangat bermanfaat bila kita dah tak ada nanti.

Mindset ketiga:

Perlu tahu ilmu yang bermanfaat. 

Bila kita meninggal, ada tiga amalan yang kekal dapat pahala.  Akronimnya adalah ISA.

  • Abjad Pertama (I); ilmu yang manfaat.

  • Abjad Kedua (S); sedekah jariah.

  • Abjad Ketiga (A); anak yang soleh yang mendoakan.

Jadi apa sahaja yang kita buat sekarang pastikan guna akronim ISA. Jika kita sudah meninggal walaupun 100 tahun, pahala masih tetap generate. 

Contoh, sampaikanlah ilmu.

Tulis dengan niat ilmu tu sampai kepada orang lain dan bermanfaat untuk orang lain. Berkongsi sebaik mungkin ilmu, agar kebaikan tersebut dapat manafaat bersama pembaca. InsyaAllah.


Artikel disediakan oleh:
Nurul Asmida Saad

Discussion about this podcast

Ahmad Isa
Bestseller Millionaire Circle Podcast
Perkongsian bagaimana buku Ustazah Basikal mencecah jualan melebihi RM1 Juta melalui kuasa media sosial.