Ahmad Isa
Bestseller Millionaire Circle Podcast
021: Macam Mana Nak Capai RM1 Juta?
0:00
Current time: 0:00 / Total time: -9:34
-9:34

021: Macam Mana Nak Capai RM1 Juta?

Ada satu syarat.

Satu sahaja.

Iaitu nak.

Dan rasa ‘nak’ ini mesti selari di mulut, akal dan hati. Bukan sekadar kata nak di mulut, tetapi akal dan hati rasa skeptikal.

Di mulut kata nak, tetapi dalam hati, bertanya-tanya.

Boleh kah aku buat?

Selagi ada rasa ragu-ragu, bermakna kita belum berjaya penuhi syarat.

Kenapa saya kata begitu?

Sebab Allah itu mengikut sangkaan hambanya. Sangkaan itu ialah yang timbul di hati, bukan yang diltutur di lidah. Allah Maha Mendengar kata hati hamba-hambanya, dan hasrat itulah yang dikabulkan.

Kalau hati kata tidak boleh, tidak mampu, maka sangkaan itulah yang dikabulkan.

Maka, berhati-hati dengan apa-apa yang kita sangka.

Alang-alang mahu menyangka, menyangkalah perkara-perkara yang baik. Jadi, pasakkanlah di dalam hati sangkaan ‘aku mampu mencapai 1 juta’.

Sebenarnya ramai orang yang mampu mencapai 1 juta, malah pelajar universiti pun mampu.

Kita ini lagilah sepatutnya mampu.

Tetapi, kita rasa kita tidak mampu, asbab kita melihat kepada orang sekeliling kita yang tidak pernah mencapai 1 juta. 

Apabila kita berjumpa seseorang yang telah mencapai 1 juta, keyakinan kita semakin bertambah.

Saya pernah jumpa orang yang sudah biasa buat 1 juta. Sehari 1 juta. Perkara biasa sahaja bagi mereka. Perkara mudah sahaja. Tetapi, mereka ini level lain lah.

Kita masih belum capai tahap itu. Tetapi, kita boleh bermula. Paling utama, pasakkan rasa nak dalam-dalam, kukuh-kukuh ke dalam hati. Selarikan lisan, akal, hati dan perbuatan.

Seterusnya, tanyakan pada diri, kenapa ingin 1 juta?

Kalau tanya pada saya, sama ada 1 juta itu penting atau tidak, bagi saya 1 juta itu tidak penting.

Yang penting ialah proses ke arah mencapai 1 juta itu. Apabila kita telah mencapai 1 juta, bermakna kita telah melepasi semua proses, dan kita akan menjadi seorang manusia baharu:

Seorang yang ada kepakaran menjana 1 juta.

Selepas dapat 1 juta pertama, kita boleh jana lagi 1 juta berikutnya, malah kita boleh bagi kepada orang lain juga.

Bagaimana untuk kita menjana 1 juta pertama dan juta-juta berikutnya itu yang penting. Kepakaran inilah yang menjadikan kita manusia yang bermanfaat.

Apabila ada orang yang memerlukan duit, atau institusi seperti tahfiz misalnya, kita sentiasa ada idea dan ilmu yang boleh dikongsi bersama-sama mereka.

Dengan cara ini, kita akan menjadi manusia bermanfaat, yang bukan sahaja memberi wang, masa dan tenaga.

Sampai bila kita ingin beri wang, masa dan tenaga?

Wang kita terhad. Masa kita terhad. Tenaga kita juga terhad.

Tetapi, apabila berkongsi ilmu, mereka boleh lakukan sendiri. Ilmu bermanfaat yang kita kongsi, insya-Allah akan mengalirkan pahala hingga akhirat. Bagi saya, inilah manusia yang bermanfaat, iaitu manusia yang berkongsi ilmu yang boleh dipraktikkan oleh orang lain.

Baik, bagaimana untuk capai 1 juta?

Kita kena membantu 1 juta manusia.

Ini pesan mentor saya. Untuk capai 1 juta, kita kena bantu manusia. Kenapa kena bantu? Sebab dengan membantu, barulah orang sanggup memberi kita wang apabila masalahnya selesai.

Contoh seperti doktor. Kenapa orang sanggup bayar mahal walaupun ketika dia tiada wang? Walaupun terpaksa meminta-minta, hingga ada yang membuka tabung derma kilat.

Sebabnya, doktor itu telah menyelesaikan masalahnya. Katakanlah dia ada sakit jantung dan doktor selesaikan masalah sakit jantungnya. Kemudian, doktor meminta bayaran RM50,000 untuk kepakarannya.

Si pesakit akan sanggup membayar RM50,000 walau dengan apa jua cara.

Sekarang, cuba tanyakan pada diri, apa kepakaran yang kita ada yang boleh bantu orang lain. Kalau masih tiada, mulakan dari sekarang untuk menambah kepakaran.

Saya cadangkan kita upgrade 3 kepakaran ini.

  1. Menulis

  2. Bercakap

  3. Menjual

Zaman sekarang, 3 kepakaran ini sangat dicari oleh syarikat-syarikat besar. Syarikat dibina untuk mendapatkan jualan, untuk mendapatkan wang. Dengan kata lain, untuk menyelesaikan masalah.

Jadi, bagaimana untuk syarikat dapatkan jualan? Syarikat perlu mencari orang yang boleh menulis, bercakap dan menjual. 

Kalau kita ada 3 kepakaran ini, ada syarikat yang akan sanggup membayar kita ribuan atau puluh ribu, malah ratus ribu demi membeli kepakaran ini.

Oleh itu, carilah seminar yang boleh gilap kita kepakaran ini, dan mulakan dari hari ini. Setiap hari cuba cari masalah untuk diselesaikan. Masalah yang berkaitan manusia, masalah yang boleh ditukar dengan wang. Kita kena mula cinta akan masalah, kerana dalam masalah ada peluang, dan dalam peluang ada wang. 

Sekali lagi saya tegaskan, setiap hari cari masalah yang boleh diselesaikan. Kalau tidak tahu, belajar caranya, supaya orang boleh bayar kepada kita untuk menyelesaikan masalah mereka. 

Contoh mudah, kita pandai bahasa Inggeris dan kita ada kepakaran mengajar bahasa Inggeris. Kita cari orang yang ada masalah dengan bahasa Inggeris. Kita ajar dia bahasa Inggeris. Dia akan membayar kita kerana kita telah menyelesaikan masalah bahasa Inggerisnya.

Semudah itu.

Akhir sekali, kita kena buat jadual dan catat progress harian kita. Hari ini berapa jualan terhasil, esok berapa target jualan. Hari ini berapa orang telah dibantu, esok berapa orang akan dibantu.

Dalam media sosial, lebih mudah untuk membuat ukuran.

Katakan kita ada 10 followers. Tanyakan pada diri, hari ini sudah beri atau belum nilai (value) – melalui pengisian (content) yang bermanfaat di media sosial – untuk bantu mereka. Apabila kita mula berkongsi nilai, followers akan bertambah dan lebih luas prospek untuk dibantu.

Lebih banyak orang yang dibantu, lebih tinggi potensi untuk menjana wang.

Oleh sebab itu, di media sosial, usahakan untuk tambah followers sehingga mencecah 100,000 followers. Lebih ramai followers, lebih besar peluang untuk kita bantu orang dan lebih besar jugalah nilai wang yang orang akan berikan pada kita apabila masalah mereka selesai, insya-Allah biiznillah.


Artikel disediakan oleh:
Iffah Syuqaira

Discussion about this podcast

Ahmad Isa
Bestseller Millionaire Circle Podcast
Perkongsian bagaimana buku Ustazah Basikal mencecah jualan melebihi RM1 Juta melalui kuasa media sosial.